TEKNOLOGI REKABENTUK PRODUK INDUSTRI

PENGENALAN KURSUS

Para pelajar yang mengikuti kursus ini akan diajar kaedah rekabentuk untuk menghasilkan produk yang merangkumi produk industri, perabot dan transport.

Di mana proses pembelajarannya bermula dari kaedah penghasilan idea, kemudian dilakarkan dalam bentuk lukisan lukisan bebas samada secara manual atau digital. dari lukisan bebas ini pula, para pelajar akan diajar secara sistematik bagaimana untuk memindahkan lakaran tersebut kepada lukisan kejuruteraan dengan menggunakan perisian CAD, CAID dan CAM.

Seterusnya dari lukisan rekabentuk kejuruteraan ini pula, para pelajar akan diajar untuk membuat model atau prototaip menggunakan teknik-teknik asas seperti menggunakan foam, kayu atau arycalic. Para pelajar juga akan diajar dengan teknik lanjutan pembuatan model iaitu menggunakan clay, gentian kaca (fiber glass) dan dikemaskan dengan teknik semburan angin (airbrush). Selain daripada itu, para pelajar juga akan diajar untuk menghasilkan model dengan teknik pembuatan deras atau lebih dikenali sebagai Rapid Prototyping.

 

SUBJEK UTAMA

Subjek utama yang akan dipelajari adalah seperti berikut :

  • Sketching Concept (Manual)
  • Technical Drawing
  • Model Making
  • Rapid Prototyping
  • Asas CNC
  • Multimedia Graphic Design
  • Multimedia Animation Design
  • Sketching Concept (Digital)
  • Product Packaging Design
  • Final Project

 

KEMUDAHAN BENGKEL

  • Studio Model
  • Bilik Kuliah
  • Makmal Komputer
  • Drafting Studio
  • Bilik Rapid Prototyping
  • Bilik Spray Booth
  • Mesin CNC
  • Drag Knife Machine
  • Plotter
  • Drilling Machine
  • Sanding Machine
  • Jig saw Machine
  • 3D Scanner
  • Vacuum Bagging Kit

  

TEMPOH PENGAJIAN

Tiga (3) tahun termasuk enam (6) bulan latihan industri

  

SYARAT KEMASUKAN

  • Berumur 17 - 35 tahun.
  • Lulus SPM atau yang setaraf, dengan sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) matapelajaran, termasuk Matematik dan SATU (1) matapelajaran lain berkaitan Sains/Teknikal/Vokasional dan lulus Bahasa Inggeris.
  • Tidak buta / pekak (tanpa alat bantuan) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 19 November 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ