PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rasul pilihan, keluarga baginda, para sahabat dan tabi’in.

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung Laman Web Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut. Laman Web rasmi ADTEC Jerantut ini dibangunkan untuk menyebarluas dan membekal informasi mengenai program latihan, aktiviti-aktivit latihan, perkhidmatan dan kemudahan terkini yang disediakan di institut ini seterusnya menyediakan perkhidmatan yang efisyen, telus dan mudah serta amat pantas kepada setiap pengunjung samada dikalangan komuniti setempat khususnya seluruh rakyat Malaysia amnya.

Sebagai salah satu institusi TVET di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri. Peluang latihan yang ditawarkan di ADTEC Jerantut adalah terbuka kepada belia-belia lepasan sekolah dan pekerja-pekerja industri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Ini selaras dengan hasrat Malaysia untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global.

Sebarang bentuk jalinan kerjasama amatlah dialu-alukan dan harapan Institut agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan hasrat Negara dan pada masa yang sama membolehkan ADTEC Jerantut menjadi sebuah institut pengajian yang sentiasa unggul dan lebih cemerlang bagi melahirkan belia-belia yang hebat dari segi kemahiran, pengetahuan dan daya saing. Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web dan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini.

Diharap ADTEC Jerantut dapat menjadi pendorong kepada belia-belia tempatan dalam mendapatkan kemahiran bagi masa depan diri, keluarga dan Negara. Semoga anda semua dapat menikmati sajian informasi mengenai kami.

Selamat Melayari Laman Web Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut.

Sekian, terima kasih. Wassallamualaikum w.b.t.

PENGARAH

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut

(Di sini lahirnya tenaga mahir Negara)

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Oktober 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ