TEKNOLOGI PEMBUATAN

PENGENALAN

Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) merupakan salah satu bahagian yang terdapat di Jabatan Mekanikal, ADTEC Jerantut.Penubuhan bahagian ini merupakan inisiatif bagi tujuan melahirkan graduan-graduan yang berketerampilan dalam bidang pembuatan CADCAM bagi memenuhi kehendak pasaran industri Negara.Bahagian ini menawarkan kursus-kursus jangka panjang dan jangka pendek melibatkan pembelajaran teori dan amali dalam cabang-cabang ilmu rekabentuk kejuruteraan, pengendalian dan pengurusan peralatan serta sistem pembuatan dengan penekanan terhadap proses pemesinan.Para pelajar akan didedahkan dengan penggunaan mesin dan peralatan yang merangkumi peralatan mesin konvensional termasuklah mesin larik,kisar dan canai serta peralatan mesin CNC termasuk CNC Milling Centre, CNC Turning Centre,CNC EDM dan CNC Grinding. Disamping itu juga, para pelajar akan turut diajar penggunaan perisian –perisian kejuruteraan bagi tujuan aplikasi CADCAM disamping pendedahan dalam bidang rekabentuk merangkumi penggunaan kaedah permodelan termasuk penggunaan peralatan rapid prototyping dan sebagainya.Kursus yang ditawarkan juga turut merangkumi modul-modul penyeliaan dan pengurusan bagi melengkapkan para pelajar agar dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan.

 

 

OBJEKTIF JABATAN

  1. Untuk menjadi jabatan terunggul dalam pembangunan tenaga kerja yang berdaya saing dalam sektor pembuatan terutamanya bidang pemesinan di Malaysia.

 

  1. Untuk mengeluarkan graduan yang mempunyai keterampilan dan berkemahiran sarta memiliki nilai modal insan serta sahsiah diri yang tinggi bagi memenuhi pasaran pekerjaan di  Malaysia selaras dengan kehendak kerajaan ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

 

KURSUS YANG DISEDIAKAN:

  1. Jangka Panjang

Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) graduan yang layak juga akan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang kerja Penolong Jurutera Pembuatan(CADCAM)

  1. Jangka Pendek
  • Engineering Drawing
  • Design and Modelling
  • Conventional Lathe Operation
  • Conventional Milling Operation
  • Conventional Surface Grinding Operation – Okamoto
  • Basic CNC Lathe – DMG CTX 310 Ecoline
  • Intermediate CNC Lathe – DMG CTX 310 Ecoline
  • Basic CNC Milling – Sizuka
  • Intermediate CNC Milling – Sizuka
  • Basic EDM Wire Cut Machine – Sodick AD325L
  • Intermediate EDM Wire Cut Machine – Sodick AD325L
  • Basic EDM Die Sinker Machine – Sodick AD3L
  • Intermediate EDM Die Sinker Machine – Sodick AD3L


 

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pemesinan Logam dan berkebolehan serta bersedia untuk memasuki bidang ini sebagai Penyelia atau Penolong Jurutera di industri-industri kejuruteraan dan pembuatan.

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 19 November 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ