TEKNOLOGI POLIMER
PENGENALAN KURSUS
Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi pendedahan mengenai kaedah untuk menghasilkan produk dalam bidang polimer dimana material yang digunakan adalah berasaskan plastik. Proses pembelajaran bermula dengan pengenalan kepada Sains Bahan plastik, pengenalan asas bagi mesin Plastik Injection Molding dan juga proses yang terlibat dalam Plastik Injection Molding. Bagi mengukuhkan kefahaman pelajar kepada penghasilan model atau prototype yang akan dihasilkan, maka pelajar turut diberi pendedahan mengenai teknik menghasilkan lukisan kejuruteraan secara manual dan dengan menggunakan perisian CAD.
Seterusnya, daripada produk yang telah dihasilkan melalui kaedah plastic injection molding, pelajar akan diajar teknik untuk mengendalikan acuan (mould), mengenalpasti kecacatan produk, melakukan proses fabrikasi, menjalankan ujian terhadap produk serta mengendalikan pembungkusan produk mengikut standard yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, sebagai nilai tambah bagi pelajar dalam program ini,
MODUL PEMBELAJARAN
Subjek yang akan dipelajari oleh pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Bahan Termaju (Polimer) diantaranya adalah seperti berikut:
- Technical Drawing
- CAD for Plastic Products
- Fundamental of Plastic Injection Moulding
- Plastic Injection Moulding Process
- Plastic Injection Moulding Process Control
- Plastic Post Moulding Operation
- Plastic Fabrication Process
- Plastic Fabrication Technology
- Plastic Testing & Standards
- Plastic Compounding Process
- Plastic Compounding Technology
- Plastic Product Design & Development
- Plastic Production Planning
- Plastic Operation Management
- Plastic Quality Management
PELUANG KERJAYA
Pelajar yang telah tamat dengan jayanya dalam kursus ini akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan Bahan Termaju (Polimer) dimana prospek pekerjaan yang boleh diceburi dalam industri adalah seperti:
- Penolong Jurutera dalam bidang pengeluaran / pembuatan
- Penyelia Operasi Mesin dalam bidang pemesinan / pengeluaran
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pengajar di ILKA/ILKS
- Juruteknik Pemesinan dan Penyelenggaraan Mesin di industry
- Juruteknik Kawalan Kualiti dalam industri Polimer
- Pembuat Acuan