NON DESTRUCTIVE TECHNOLOGY

PENGENALAN KURSUS

NON-DESTRUCTIVE TESTING (NDT) atau Ujian Tanpa Musnah adalah kaedah untuk membuat pemeriksaan terhadap komponen,struktur atau bahan tanpa merosakkan bahan yang diuji ketika pengujian dilaksanakan ke terhadapanya. Program NDT yang dijalankan di ADTEC Jerantut menawarkan sijil profesional merangkumi Penetrant Testing (PT) atau Pengujian Penembusan, Pengujian Serbuk Magnek atau Magnetik Particle Testing (MT) dan asas Pengujian Ultrasonik atau Ultrasonic Testing (UT) serta asas Pengujian Radiografi atau Radiography Testing (RT). Program yang dijalankan adalah persijilan di bawah pentauliahan JPK berasaskan ISO 9712. ADTEC Jerantut merupakan pusat bertauliah (PB) NDT JPK yang ke-7 daripada 7 pusat bertauliah JPK yang terdapat di Malaysia. Pelajar akan diterangkan secara konstruktif pembelajaran teori setiap kaedah pengujian dan dilatih secara komprehensif pembelajaran praktikal untuk menjadi tenaga kerja yang certified dan qualified dan diterima baik oleh industri sama ada di dalam atau di luar negara.

KELAYAKAN

• Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setaraf dan lulus Bahasa Melayu. • Calon mesti tidak rabun warna dan lulus ujian pemeriksaan mata

KAEDAH LATIHAN

Latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan sepenuh masa adalah selama 2 bulan di ADTEC Jerantut dan 4 bulan latihan di industri.

PERSIJILAN

Calon wajib lulus peperiksaan teori untuk kertas am dan kertas spesifik dan peperiksaan amali untuk plate dan pipe dan sekiranya lulus akan menerima persijilan professional 1. Penetrant Testing (PT) Level 2 MC-112 -2 (2014) – Welding Construction (Oil and Gas) 2. Magnetic Particle Testing (MT) Level 2 MC-114 -2 (2014) – Welding Construction (Oil and Gas) dan sijil kompetensi 1. Oil and Gas Safety Passport (OGSP) 2. Authorised Entrant and Standby Person for Confined Space (AESP)

Calon perlu menjalani latihan industri bagi melengkapkan pengalaman industri sebelum mendapat persijilan penuh sijil professional NDT yang akan dikeluarkan oleh JPK.

PELUANG KERJAYA

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri minyak dan gas, pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja - kerja struktur pembinaan logam. Calon berpeluang kerjaya sebagai NDT Inspection, NDT Specialist dan NDT Engineer. Selain itu, calon juga berpeluang untuk menjadi freelance di dalam bidang NDT.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Image
Kemaskini Terakhir: Jumaat 8 November 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ