Taklimat Pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri

20 MEI 2025 : Taklimat Pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri

Satu sesi taklimat berkenaan pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri telah diadakan pada hari ini melibatkan kerjasama antara ADTEC Jerantut, Victorious Step Sdn Bhd, dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Dalam sesi ini, pihak MPC telah memberikan penerangan terperinci berkenaan konsep dan pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri yang dirancang untuk dijalankan di syarikat Victorious Step Sdn Bhd. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa pihak syarikat pada dasarnya bersetuju untuk menyertai dan melaksanakan program ini.

Kerjasama ini dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan bakat industri dan meningkatkan produktiviti selaras dengan objektif Program Akademi Dalam Industri.

"ADTEC Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang"

"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Jumaat 30 Mei 2025.

© 2025 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ