PROGRAM KEMAHIRAN DALAM SEKOLAH DI SMK INDERAPURA JERANTUT
Telah berlangsung Program Kemahiran Dalam Sekolah (KDS) di SMK Inderapura Jerantut. Kursus yang dijalankan adalah Asas Penggunaan Perisian CAD & 3D Printer. Kursus ini diadakan di Makmal Komputer SMKI dan telah dihadiri seramai 30 orang pelajar. Tenaga pengajar dari Kampus Jerantut adalah En. Hilmy bin Ahmad @ Mohamad, Ketua Bahagian Rekabentuk Produk Industri.
Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai teknologi rekabentuk dan percetakan 3D, sekali gus meningkatkan minat mereka dalam bidang kemahiran teknikal. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menerokai peluang dalam bidang TVET pada masa hadapan.
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"



