PROGRAM CSR - MEMBERSIHKAN KAWASAN TADAHAN AIR,KG PAGI,ULU TEMBELING
Seramai 15 orang pelajar bersama 5 pegawai pengiring dari ADTEC JTM Kampus Jerantut yang diketuai oleh Ts. Wan Nor Maawa Bin Wan Ghazali, dengan kerjasama Pertubuhan Belia Kg. Pagi, telah menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membersihkan kawasan tadahan air Kg. Pagi – sumber utama penduduk sejak 15 tahun lalu.
Sorotan Program:
Pada 27 September, berlangsung perlawanan persahabatan bola tampar antara warga ADTEC JTM Kampus Jerantut dan Pertubuhan Belia Kg. Kuala Sat.
Pada 28 September, Program CSR telah dilepaskan oleh Tok Empat Kg. Pagi, En. Mi Hamidi Bin Nipah di Sekolah Kebangsaan Kg. Pagi pada jam 9.00 pagi.Peserta menaiki pacuan empat roda sebelum memulakan trekking sejauh 6km melalui denai dan anak sungai untuk sampai ke kawasan tadahan air.Aktiviti ini menguji ketahanan fizikal dan mental serta memupuk semangat kerjasama.
Tok Empat Kg. Pagi merakamkan penghargaan dan berharap program seperti ini dapat diteruskan kerana memberi manfaat besar kepada penduduk kampung.
Bagi pihak ADTEC JTM Kampus Jerantut, program ini adalah sebahagian usaha menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 6: Air Bersih & Sanitasi, di samping mendidik pelajar tentang kelestarian sumber air dan sikap bertanggungjawab serta semangat setiakawan.
Tahniah & terima kasih kepada semua yang terlibat atas kejayaan program ini!
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #CSR #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"



