Lawatan Kerjasama Antarabangsa dari Kosen Anan

7 - 8 Okt 2024 : Lawatan Kerjasama Antarabangsa dari Kosen Anan

ADTEC Jerantut telah menerima delegasi daripada Kosen Anan, Jepun yang diwakili oleh Prof. Ryuta Fukui dan juga Ketua Delegasi Prof. Dr. Takashi Matsumoto. Ia merupakan susulan kerjasama strategik antarabangsa yang sedia terjalin di antara kedua-dua institusi teknikal berasaskan TVET.

Delegasi ini disambut dengan meriah dengan paluan kompang dan juga persembahan pencak silat yang dipersembahkan oleh para pelajar ADTEC Jerantut yang terlatih.

Usai mesyuarat bersama pihak pengurusan, delegasi ini dibawa melawat ke setiap bengkel untuk menyaksikan latihan amali TVET yang diterapkan kepada para pelajar serta sesi soal-jawab teknikal. Delegasi juga berpeluang memantau kaedah pengajaran dan pembelajaran TVET bagi bengkel yang terpilih.

Sebelum berangkat pulang, delegasi ini dibawa melawat ke NECC Kuala Gandah bagi melihat proses pemuliharaan gajah sebagai kenangan di sini. Semoga hubungan kerjasama strategik antarabangsa yang mewakili dua negara ini terus diperkasa untuk proses pembangunan modal insan TVET.

ADTEC Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang

"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"

Jom masuk ADTEC Jerantut! Klik link ini >>>https://tinyurl.com/2jnwxp5y

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Oktober 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ