KEM "MENGGALI BAKAT,JELAJAHI DUNIA TVET" SIRI 2 : SMK MENTAKAB TAHUN 2025
Kem ini telah berlangsung selama dua hari, bermula 11 hingga 12 Ogos 2025, dengan penyertaan seramai 36 orang pelajar beRserta 4 orang guru pengiring dari SMK Mentakab.
Sepanjang program, para pelajar berpeluang melawat bengkel dan menjalani latihan secara hands-on. Antara modul pengajaran yang dipelajari ialah Lukisan Rekabentuk (IPD), Injection Moulding (Polimer) dan Basic CNC (Pembuatan).
Selain itu, pelajar turut mengikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diselia oleh guru-guru SMK Mentakab bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.
Pada sebelah malam selepas solat Maghrib, pelajar SMK Mentakab bersama pelajar dan pegawai ADTEC JTM Kampus Jerantut, termasuk Tuan Pengarah Kampus Jerantut, menghadiri kuliah maghrib. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Syed Ali bin Uraidy dari SMK Mentakab bertajuk “15 Sebab Hilangnya Keberkahan Dalam Hidup”.
Semoga program ini terus memberi inspirasi dan membuka peluang pelajar untuk meneroka dunia TVET!
"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"




