9 Jun 2024 : Kejohanan Kecemerlangan Karnival Modal Insan KESUMA Peringkat Negeri Pahang 2024

Kejohanan Kecemerlangan Karnival Modal Insan KESUMA Peringkat Negeri Pahang 2024 telah berlangsung di Kolej Poly-Tech Mara Kuantan dan Majlis Perasmian Penutup karnival sukan ini telah disempurnakan oleh YB Sim Chon Siang.

Pada karnival sukan kali ini, Johan Keseluruhan disandang oleh ILP Kuantan dengan perbezaan 1 mata keseluruhan berbanding Naib Juara yang disandang oleh ADTEC Jerantut. Acara sukan yang dipertandingkan pada karnival kali ini adalah Dam Haji, Ping Pong, Bola Jaring, Memanah, Dart, Badminton, Futsal, Carrom & Bola Tampar. Di mana ADTEC Jerantut telah berjaya merangkul 2 Emas bagi acara Ping Pong dan Bola Tampar, 5 Perak bagi acara Ping Pong Individu (W), Futsal, Karom, Bola Jaring dan Memanah, dan 2 Gangsa bagi acara Dart dan Badminton.

TAHNIAH diucapkan kepada semua atlet yang telah berjuang dengan penuh semangat kesukanan bagi mengharumkan nama ADTEC Jerantut. Semoga pasukan atlet ADTEC Jerantut kekal cemerlang dan gemilang di masa hadapan.

"ADTEC Jerantut - Peneraju Kemahiran TVET di Pahang"



"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"

Jom masuk ADTEC Jerantut! Klik link ini >>>https://tinyurl.com/2jnwxp5y

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 3 September 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ