Jelajahi Dunia TVET Siri 3 SMK Mentakab 2024

20 OGOS 2024 :Jelajahi Dunia TVET Siri 3 SMK Mentakab 2024

Hari ini telah berlangsung Program Jelajahi Dunia TVET Siri 3 oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab. Program ini telah dihadiri oleh 40 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring.

Para pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi aktiviti di bengkel. 4 kumpulan tersebut telah dibawa ke Bengkel Kimpalan, Bengkel Pembuatan, Bengkel Rekabentuk Produk Industri dan Bengkel Polimer.

Para pelajar telah diberi peluang membuat latihan amali 'hands-on' dan juga penerangan teori secara ringkas berkaitan mesin, peralatan tangan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.

Pendekatan ini dapat memupuk minat para pelajar untuk mendalami bidang kemahiran yang ditawarkan di ADTEC Jerantut. Pihak ADTEC Jerantut mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar SMK Mentakab atas kunjungan dan kerjasama yang telah diberikan. Selamat Maju Jaya juga diucapkan kepada para pelajar calon SPM 2024 SMK Mentakab, semoga kalian terus cemerlang dan gemilang dalam peperiksaan SPM akan datang.

Moh masuk ADTEC Jerantut!!

ADTEC Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang

"Empowering Skills, Igniting Futures"
"Memperkasa Kemahiran,Menyemarak Masa Hadapan"

Jom masuk ADTEC Jerantut! Klik link ini >>>https://tinyurl.com/2jnwxp5y

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Selasa 10 September 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ