Permohonan Kemasukan

PENGAMBILAN PELAJAR

Permohonan kemasukan pelajar dibuat 2 kali setahun secara dalam talian :

--- Sila layari laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia di http://www.jtm.gov.my untuk permohonan; atau
--- Sesi kemasukan Julai sila layari laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di http://www.upu.mohe.gov.my; atau
--- Sila isi permohonan melalui google form Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ADTEC Jerantut di link https://rb.gy/l2s71

Iklan untuk permohonan kemasukan akan dikeluarkan pada bulan September untuk kemasukan bulan Januari dan bulan Mac untuk kemasukan bulan Julai

---Permohonan kemasukan bagi bidang Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT) diadakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Julai dan Oktober.
---Permohonan melalui link https://rb.gy/l2s71

KELAYAKAN MASUK

--Syarat Am Kemasukan
--Warganegara Malaysia
--Berumur 17 hingga 35 tahun
--Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan
--Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

LEPASAN SKM

1. Memenuhi syarat am kemasukan (seperti diatas)
2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 mengikut bidang yang ditawarkan

LEPASAN SPM

1. Memenuhi syarat am kemasukan (seperti diatas)
2. Memiliki SPM dengan:
-- Lulus Matematik / Matematik Tambahan
-- Lulus Bahasa Melayu
--Lulus Satu (1) subjek lain

BIDANG SIJIL UJIAN TANPA MUSNAH (NDT)

1. Memenuhi syarat am kemasukan (seperti diatas)
2. Memiliki SPM, SKM, Diploma Ijazah dan lain-lain *Keutamaan kepada lepasan SKM, Diploma Ijazah dan lain-lain.

TEMPOH LATIHAN

---3 tahun - pelajar berkelulusan SPM
---1 tahun 6 bulan - pelajar berkelulusan Sijil SKM Tahap 3
---20 bulan - Pelajar bidang Teknologi Kimpalan dan Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT)
---6 bulan - Pelajar bidang Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT)

KURSUS SEPENUH MASA YANG DITAWARKAN

-Diploma Teknologi Kimpalan
-Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
-Diploma Teknologi Polimer (Plastik)
-Diploma Teknologi Rekabentuk Produk Industri
-Diploma Teknologi Kimpalan dan Sijil Ujian Tanpa Musnah
-Sijil Ujian Tanpa Musnah (NDT)

PINJAMAN LATIHAN

Pinjaman latihan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada pelajar yang layak

YURAN

1 semester – RM1808
-- Yuran Pengajian RM 1500
-- Yuran asrama RM 308

KAEDAH BAYARAN

1 ) Tunai (perlu dijelaskan selewat-lewatnya 2 bulan awal pendaftaran pelajar)
2) Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Image
Kemaskini Terakhir: Jumaat 12 Jun 2024.

© 2024 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ