Majlis Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026 Wilayah Timur

10 Ogos 2026 : Majlis Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026 Wilayah Timur

Momen penuh bermakna buat semua graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026 Wilayah Timur. Sidang ini menghimpunkan graduan daripada enam buah institut, iaitu ADTEC JTM Kampus Jerantut, ADTEC JTM Kampus Kuantan, ADTEC JTM Kampus Kemaman, ADTEC JTM Kampus Marang, ADTEC JTM Kampus Kuala Terengganu dan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia. Setiap langkah menuju ke pentas konvokesyen menjadi simbol kejayaan, kegigihan dan dedikasi para graduan sepanjang menempuh perjalanan pengajian serta latihan kemahiran. Kejayaan ini turut didukung oleh doa, pengorbanan dan sokongan berterusan daripada ibu bapa, keluarga, tenaga pengajar serta seluruh warga institut.

Tahniah dan syabas kepada kesemua graduan! Semoga kejayaan yang diraikan pada hari ini menjadi titik permulaan untuk terus melangkah lebih jauh, mencipta kecemerlangan serta menyumbang ilmu dan kepakaran kepada industri dan negara. Teruskan melangkah dengan ilmu, kemahiran dan keyakinan. Masa hadapan kini milik anda.


“Skill hari ini, kerjaya esok, masa depan cerah!”

"ADTEC JTM Kampus Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang"

#caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"

Recommended Post

Image
Kemaskini Terakhir: Jumaat 28 Ogos 2026.

© 2026 ADTEC Jerantut. Designed By BPSM AJ