WorldSkills Malaysia Future Skills 2026
Majlis Penyerahan Projek Tawaran Semula Penyiapan Baki Kerja Bagi Projek Membina Bengkel Terbuka Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri telah berlangsung dengan jayanya di Blok Bengkel Terbuka Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri, ADTEC JTM Kampus Jerantut, Pahang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Sutekno bin Ahmad Belon,Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu serta dif-dif kehormat, diikuti tayangan montaj projek yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai pengenalan kepada pembangunan projek yang telah berjaya disiapkan. Tujuan Pembinaan Bengkel Teknologi Rekabentuk Produk Industri di Kampus Jerantut adalah untuk menyediakan prasarana & kemudahan yang lebih kondusif dan holistik kepada para pelajar. Selain itu bengkel ini memberikan kemudahan dan keselesaan pada pelajar dan pengajar dalam proses pembelajaran. Bengkel ini juga untuk membolehkan pelajar membuat atau membina mock-up / model / prototype serta kerja-kerja berasaskan fibre dengan selamat bagi menampung permintaan tinggi di Kampus Jerantut.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Hormat Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, diikuti ucapan Yang Berusaha Encik Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Kemuncak majlis menyaksikan simbolik Tandatangan Dokumen Penyerahan Projek antara Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Datuk Rospiagos bin Taha, Jurutera Daerah JKR Jerantut, Ir Adly bin Dasril serta Pengarah ADTEC JTM Kampus Jerantut, En Hamdan bin Hashim Majlis turut diserikan dengan Simbolik Penyerahan Replika Kunci, bermula daripada pihak kontraktor iaitu Pengarah Urusan Syarikat Alam Padu Enterprise, En Muhamad Shahin Fadhlan bin Saidon kepada Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, sebelum diserahkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA sebagai lambang rasmi penyerahan projek.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua VIP dan para hadirin di hadapan Blok Bengkel Terbuka sebelum meneruskan lawatan ke sekitar bangunan bagi meninjau kemudahan serta infrastruktur baharu yang bakal memperkukuh pelaksanaan latihan kemahiran di ADTEC JTM Kampus Jerantut. Semoga kemudahan baharu ini menjadi pemangkin kepada penghasilan tenaga mahir berkemahiran tinggi serta memperkukuhkan ekosistem TVET negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
"ADTEC JTM Kampus Jerantut - Peneraju kemahiran TVET di Pahang"
#caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"




