PENGAMBILAN PELAJAR
Permohonan kemasukan pelajar dibuat 2 kali setahun secara dalam talian :
(a) Sesi kemasukan Januari sila layari laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia di http://www.jtm.gov.my
(b) Sesi kemasukan Julai sila layari laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di http://www.upu.mohe.gov.my. Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60
Iklan untuk permohonan kemasukan akan dikeluarkan pada bulan September untuk kemasukan bulan Januari dan bulan Mac untuk kemasukan bulan Julai.
KELAYAKAN MASUK
Warganegara Malaysia berumur 18-35 tahun, lulus temuduga yang dijalankan dan mempunyai kelulusan akademik seperti berikut :
(a) Memiliki SPM/SPMV dengan 3 kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan & Sains/Sains Gunaan/Fizik/Kimia serta lulus Bahasa Inggeris
atau
(b) Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan
TEMPOH LATIHAN
(a) 3 tahun - pelajar berkelulusan SPM
(b) 1 tahun 6 bulan - pelajar berkelulusan Sijil SKM Tahap 3
KURSUS SEPENUH MASA YANG DITAWARKAN
K01 | Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan | |
K03 | Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan | |
K07 | Diploma Teknologi Kejuruteraan Polimer | |
K09 | Diplome Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk Industri |
PINJAMAN LATIHAN
Pinjaman latihan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada pelajar yang layak
YURAN
1 semester - (a) Yuran latihan RM 1500 (b) Yuran asrama RM 308
KAEDAH BAYARAN
1. Tunai (perlu dijelaskan selewat-lewatnya 2 bulan awal pendaftaran pelajar)
2. Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)