Sesi Latihan di Bahagian Polimer

14 Sept 2023 : Sesi Latihan di Bahagian Polimer

Proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung seperti biasa di Bahagian Polimer. Antara rutin tugas para pelajar adalah membuat penyelenggaraan mold dan proses penukaran mold pada Mesin Injection Molding. Proses pembuatan finishing product juga dilihat bergantung kepada setting konfigurasi yang dibuat pada mesin-mesin injection yang akan digunakan.

Selain itu, di Polimer juga para pelajar diajar menggunakan mesin compounding untuk proses menyediakan formulasi melalui campuran dan 'polymers blending' bersama additive untuk penghasilan "molten state" yang diperlukan. Produk yang dihasilkan daripada mesin injection molding akan diuji kekuatan materialnya menggunakan Automatic Tensile Testing machine.

Dalam pemantauan yang dibuat, para pelajar sentiasa menggunakan PPE, patuh kepada SOP penggunaan mesin dan mengutamakan keselamatan. Tahniah Bahagian Polimer!

Bagi yang berminat, hubungi Unit BPPL, 09-263391 untuk maklumat lanjut.

#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"