Program Kecemerlangan dan Motivasi Anak-anak Yatim Permata Hati (PERHATI) bagi daerah Jerantut tahun 2023 telah bermula pada 3 sehingga 5 Oktober bertempat di ADTEC Jerantut. Program tajaan Yayasan Pahang ini melibatkan jawatankuasa kelolaan yang terdiri daripada Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Pengurus Besar Yayasan Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, Penyelaras PERHATI daerah, Majlis Guru Kaunseling dan semua pengetua sekolah menengah di daerah Jerantut.
Program yang amat baik ini bertujuan untuk meningkatkan gred pencapaian dan peratus kelulusan dalam kalangan pelajar program PERHATI. Para pelajar telah didedahkan dengan kaedah menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan penumpuan kepada matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah di mana ianya disampaikan oleh penceramah daripada SMK di daerah Jerantut. Program motivasi disampaikan melalui guru-guru kaunseling dan fasilitator yang dilantik.
Bagi slot motivasi dan laluan menyambung pengajian kemahiran TVET pula, ianya disampaikan oleh En. Mohd Sharifuzan daripada Bahagian Polimer (Plastik). Sepanjang 3 hari program, para pelajar juga diterapkan disiplin diri dan kerohanian di Masjid As-Syafie, ADTEC Jerantut. Ianya turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut iaitu En. Nazli bin Mahmud.
Semoga para pelajar sasaran berjumlah 128 orang anak yatim calon SPM 2023 ini akan beroleh kejayaan cemerlang dan amat baik dalam Peperiksaan SPM kelak. Terima kasih kerana memilih fasiliti di ADTEC Jerantut.
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"







