Aksi Berkuda Membangun Sahsiah Pelajar

17 Jun 2023 : Aksi Berkuda Membangun Sahsiah Pelajar

Sejumlah 26 orang pelajar semester 4 diiringi oleh 4 orang pegawai telah menyertai Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Semester 4 yang telah dikendalikan oleh Kelab Kuda Darul Uloom Al Islamiyah bertempat di Kompleks Sukan Ekuin Jerantut. Program yang berkonsepkan disiplin diri, sikap bekerjasama dan keyakinan diri bertujuan untuk membantu pelajar agar lebih berketerampilan dalam membawa imej sebagai pelajar TVET yang berdaya saing.

Sesi taklimat keselamatan, pengenalan sukan berkuda dan memanah telah disampaikan oleh jurulatih yang berpengalaman. Para pelajar telah diberi peluang untuk merasai dan mengendalikan kuda di sekeliling trek sambil diawasi oleh jurulatih. Di samping itu, asas sukan panahan tradisional turut didedahkan kepada para pelajar agar dapat meningkatkan daya fokus dan ketajaman berfikir.

Sesi 'Horse Grooming' juga telah dilaksanakan oleh setiap pelajar yang terlibat secara bergilir-gilir kepada kuda-kuda yang berada di sana. Secara tidak langsung, mereka dapat mempelajari sifat haiwan, komunikasi dan teknik dalam menjaga kebajikannya.

Pada sesi terakhir, para pelajar dan staff telah dipersembahkan dengan pertunjukan memanah sambil berkuda atau lebih dikenali sebagai 'Horseback Archery' oleh pelajar Kelas Alim iaitu Ustaz Hanzalah yang telah terpilih untuk menyertai Liga Memanah Berkuda Malaysia. Peningkatkan tahap disiplin, kesepakatan, keyakinan dan jati diri para pelajar diperbaharui melalui program ini yang membina keyakinan pelajar TVET bermotivasi tinggi!

#MajuTerusPahang #JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers

Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"