Program Motivasi Pelajar Semester 5 (Build Up Your Confidence) ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan di mana melibatkan pelajar akhir semester sebelum mereka menjalani Latihan Industri. Terdapat keperluan di mana mereka perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti supaya dapat meningkatkan keyakinan dan jati diri mereka.
Program ini mendapat kerjasama daripada Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Kampus Jengka di mana terdapat Pegawai Psikologi berdaftar bersama Pembimbing Rakan Siswa UiTM Kampus Jengka yang akan turut menjayakan program ini. Program yang dijalankan ini berkonsepkan keyakinan diri di mana dapat membantu pelajar semester 5 ADTEC Jerantut lebih berketerampilan dalam membawa imej sebagai seorang pelajar TVET.
Kandungan: 1. Pengenalan ttg self love. 2. Cara penulisan resume dan keyakinan diri dlm menghadapi temuduga. 3. Latihan dalam kumpulan bersama Pembimbing Rakan Siswa UiTM Jengka.
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
#MajuTerusPahang #JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"


