Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jerantut bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jerantut telah mengadakan program Intervensi Sosial : Dari Belia untuk Belia (Y2Y) bertempat di Dewan Kuliah Utama. Program yang mensasarkan golongan belia ini turut melibatkan kesemua pelajar ADTEC Jerantut sebagai peserta audien. Ianya melibatkan slot ceramah Penyalahgunaan Dadah dan Isu Pelecongan Sosial oleh AADK manakala Keterlibatan dan Implikasi Jenayah dalam Kalangan Belia oleh PDRM.
Para pelajar yang terpilih sejumlah 100 orang turut terlibat dengan aktiviti Explorace untuk mencergaskan minda dan keaktifan sahsiah pelajar. Program explorace intervensi sosial belia Y2Y ini memerlukan para pelajar menghadiri kesemua 10 CheckPoint bagi menyelesaikan tugasan. Tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya menyelesaikan tugasan!
Jom masuk ADTEC Jerantut! Klik link ini >>> https://tinyurl.com/2jnwxp5y
#JTM #jerantut #adtecjerantutpahang #caritempatbelajar #latihan #skills #adtecjerantut #pelajar #kemahiran #tvet #mahir #kimpalan #ipd #polimer #pembuatan #ndt #boilers
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah? "Jom Masuk ADTEC Jerantut" "Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!" "Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!" "Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"




