MP Jerantut konsisten wujudkan tahfiz vokasional

Link penuh berita : https://harakahdaily.net/index.php/2023/12/20/mp-jerantut-konsisten-wujudkan-tahfiz-vokasional/
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin konsisten dalam mewujudkan tahfiz vokasional di Jerantut kerana di daerah itu terdapat 14 madrasah dan tahfiz.

Menurutnya, tahfiz vokasional itu adalah antara hasrat beliau yang ingin dicapai dalam penggal ini.

Katanya, hasrat itu juga beliau telah bangkitkan dalam persidangan Parlimen dan mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia.

“Bagi meneruskan usaha ini, kami telah mengadakan pertemuan dengan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut bagi membincangkan perkara ini,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, semalam.

Beliau menambah, pertemuan semalam disambut baik oleh pihak ADTEC Jerantut.

“Melalui pertemuan, dapatlah kami memahami kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Jerantut serta bagaimana saya dapat memudahcara kerjasama ADTEC dengan pusat-pusat tahfiz di Jerantut dalam merealisasikan hasrat tahfiz vokasional di Jerantut,” ujarnya.

Kata beliau, pihaknya juga dibawa melawat ke bengkel-bengkel program yang disediakan di situ antaranya Bengkel Kimpalan dan Bengkel CNC.

Khairil Nizam berharap semoga dengan langkah pertama itu, usaha mewujudkan tahfiz vokasional di Jerantut terlaksana demi manfaat anak-anak tahfiz dan pondok di daerah itu. – HARAKAHDAILY 20/12/2023

Jom sertai kami!
Cari tempat belajar menarik? Peluang kerja mudah?
"Jom Masuk ADTEC Jerantut"
"Aok Nok Koner Weh?, Moh la masuk ADTEC Jerantut!"
"Kemahiran dan Teknologi untuk Anda!"
"Dengan Kemahiran, Kami Menginspirasi Kecemerlangan Kerjaya!"
"Inovasi dan Kreativiti Tanpa Batasan"
slot gacor slot demo slot gacor slot demo slot deposit pulsa slot gacor slot gacor slot demo slot demo slot gacor slot pulsa slot pulsa slot demo slot gacor Slot Gacor 777 Slot Terbaru Data Macau Slot Pulsa Slot Demo Slot Thailand Slot Gacor Slot demo Slot demo Slot demo Slot demo Slot gacor hari ini slot gacor maxwin slot gacor server thailand slot gacor Slot Gacor Maxwin